BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 30, 2010

It's the day ~ My day

Saat demi saat,
Minit demi minit,
Jam demi jam,
Hari demi hari.

Setiap masa detik itu dinantikan,
Dengan perasaan takut, resah dan gelisah,
Bagai mahu pecah pekung didada,
Menahan gelora jiwa,
Betullah kata pepatah,
Penantian itu adalah satu penyeksaan.

Akhirnya, masa itu tlh tiba,
Aku sangat bertuah kerana dpt mengharunginya bersama yg tersyg,
Teman2 dan ahli keluarga turut memberi semangat,
Kata2 azimat yg menenangkan gelora dijiwa,
Menghadapi saat2 getir bersama,
Dan berakhir dgn coretan manis dibibir.

Aku meraikan hari yg plg menggembirakan ini bersama teman2 dan ahli keluarga,
Masing2 mengukir senyuman yg manis bak madu,
Setelah menelan pahit hempedu selama 3 tahun penyeksaan,
Namun pelbagai pengajaran, pengalaman dan ilmu pengetahuan dpt ditimba,
Terima kasih kpd semua teman, keluarga dan juga para pensyarah,
Yang banyak membantu ku mengharungi hidup di UMT.

Akhirnya, tiba ke hari bersejarah,
Hari yg dinanti2kn oleh semua mahasiswa-mahasiswi,
Hari penganugerahan sijil ijazah,
Setelah gempur pelbagai kesusahan dan kesenangan,
Hasilnya dpt di tuai pd hari yg bersejarah ini,
Pada tanda 26 Julai 2010.

Tidak dpt digambarkan perasaan gembira pada saat itu,
Saat menggengam, menjunjung dan menatap sekeping ijazah,
Itulah kenangan yg paling menggembirakan dlm hidup ini.

Namun dlm kegembiraan,
Tetap wujud kedukaan, kesedihan, kepiluan di dlm hati ini,
Saat berpisah dgn teman2 sekuliah, teman2 serumah dan teman2 sekampus,
Walaupun kita berjauhan, namun persahabatan kita kan kekal abadi,
Akan ku sematkan kenangan kita bersama,
Teguh, tetap di dlm hati.

Inilah detik manis dan pahit saat majlis konvokesyen aku di UMT.

bergambar wit my beloved family....

kenangan bersama my beloved roomates....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...