BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 27, 2011

lelaki vs gadis seperti aku

Entry kali nie, sy nk kongsi tips bagaimana cara kite nk menolak cinta org laen ngan cara lembut
Ada tips tuk laki2 n juga gadis2
Try usha dulu tgk

Bg laki2 yg xtau mcm maner nk menolak cinta dr si gadis,
Boleh la tujukan lagu ini pada mereka.....


Tidak lupe juga pd gadis2 yg tidak tahu cara lembut tuk menolak cinta dr si jejaka,
Boleh la dendangkan lagu nie kepada si dia.....


Hopefully this tips can helps u allz.....
Enjoy the song.....

p/s: Tidak ade kene mengena antara yg idup ataupun yg telah mati....

Sunday, October 2, 2011

Mengapa wanita sering menangis


Kerana wanita itu unik…
Allah ciptakan ia sbg makhluk yg istimewa…
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak2nya…
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman…
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia…
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yg lain menyerah…
Ku beri dia naluri untuk mencintai anak2 dalam apa jua keadaan sekalipun…
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi alau dikhianati oleh teman, walau disakiti orang tersayang…
Wanita adalah makhluk kuat…
Tapi jika satu saat dia menangis, itu kerana Allah beri dia air mata untuk mambasuh luka batin dan memberi kekuatan baru…


p/s: Betapa hebatnya seorang wanita…

22 tanda hari kiamat semakin hampir



* Sembahyang diabaikan (diringan2kn)

* Keinginan nasfu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

* Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

* Perkara benar menjadi salah dan sebaliknya. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana haram dianggap halal dan sebaliknya.

* Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

* Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

* Orang yg hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mempu mencegahnya.

* Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kpd makhluk di muka bumi.

* Fenomena lelaki berkahwin dgn lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kpd perempuan (lesbian) semakin menjadi2.

* Perempuan menguasai lelaki dan memakai ubat guna2, sihir dan amalan syaitan lain.

* Anak2 mengingkari dan menderhaka ibubapa, dimana ibubapa menjadi kuli.

* Kwn baek dilayan dgn kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kwn disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yg mengajak berbuat baek.

* Dosa dipandang ringan malah berbangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

* Masjid dihiasi indah tp kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yg berharga.

* Ramai yg sembahyang tp munafik dan berpura2. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan tetapi diluar sembahyang melanggar perintahNya.

* Akan dtg golongan manusia dari Barat menguasi mereka yg lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

* Al-Quran dicetak dgn indah akan tetapi hanya menjadi perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

* Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.



* Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

* Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

* Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yg tidak beriman adalah syaitan yg baik).

* Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dgn tujuan melancong, yg sederhana pergi untuk berniaga dan yg miskin bermaksud meminta sedekah.


p/s: Marilah kita saling memperingati, amar makruf nahi mungkar....

Darjat seorang isteri

~ Isteri Siddiqin

Isteri yg tidak meminta apa2 dari suaminya sekalipun ia perlu. Dia menerima dgn penuh kesyukuran segala yg disediakan oleh suaminya. Jika ada Alhamdulillah, jika tiada dia bersabar malah tidak meminta. Apatah lagi yg tida perlu, jika diberi pun akan ditolak dgn baek. Golongan ini mmg payah hendak dicari di akhir zaman ini, mmg seorang wanita yang luar biasa


~ Isteri Muqarrobin

Tidak meminta dari suami kecuali yg perlu sahaja. Yg tidak perlu tidak diminta bahkan jika diberi sekalipown oleh suaminya akan ditolak dengan baek. Namun jika yg diperluakn tidak ada, dia ttp kn bersabar dan tidak mendesak. Golongan ini juga sukar tuk dicari di akhir zaman ini.


~ Isteri Solehin

Meminta kepada suaminya yg perlu dan sesekali juga meminta yg tidak perlu. Menginginkan kehidupan yg selesa dari segi makan minum, tempat tinggal serta kenderaan. Namun jika suaminya tidak member, dia ttp kn bersabar. Inilah golongan yg solehah.


~ Isteri Fasik

Selalu meminta2 dan jika diberi tidak pernah puas, tidak pernah cukup. Jika tidak diberi akan mendtgkn masalah, dia kn merungut2, marah2, sakit hati serta merajuk yang pada akhirnya kn mendtgkan masalah dlm rumah tangga. Golongan ini selalu derhaka kpd suami, apatah lagi kpd Tuhan.






p/s: MasyaAllah, minta2 dijauhkan diri dari golongan yg ke-4. Amin....

Tanda2 sblm menemui ajal

* Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut

Ini adalah tanda pertama dari Allah kpd hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun, semua umat Islam akan mendapat tanda ini Cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda in akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan2 menggigil. Bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah petanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang. Maka inilah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada bagi mempersiapkan diri dengan amalan untuk dibawa dan ditinggalkan sesudah mati. Manakala, bagi mereka yang tidak sedar atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa membawa sebarang manfaat.


* Tanda 40 hari sebelum mati

Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar, dimana bahagian pusat kita akan berdenyut2. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah. Maka malaikat maut akan mengambl daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas kita dengan mengikut kita sepanjang masa.


* Tanda 7 hari

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak lalu makan secara tiba2 berselera untuk makan.


* Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan jantung di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikessan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan memudahkan pengurusan mandian kita nanti. Ketika ini juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bg orang yang sakit hidungnya akan perlahan2 jatuh (dapat dikesan jika dilihat dari bahagian sisi). Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam dan telapak kakinya yang terlanjur akan perlahan2 jatuh ke depan serta sukar ditegakkan.


* Tanda 1 hari

Berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun2 dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


* Tanda akhir kematian

Akan berlaku dalam keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri disaat menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan serta mematikan kita.


p/s: Agar ak tergolong dalam mereka2 yg sedar, amin…..

Saturday, October 1, 2011

Aquaria KLCC

Ke Aquaria KLCC bersama rom8 ak Habibi,

Dr stesyen LRT U ke stesyen LRT KLCC,
Msk Aquaria KLCC dgn harga RM35,
It's so much fun,
1st ikan yg kitaorg tgk "PIRANHA",
Bermcm2 jenis iakn leh tgk,
Warna kuning, biru, merah, hijau, striking, mcm2 ag r,
Bkn skdr ikan je de,
Binatang laen pown de gak,
Binatang pe?
Ular, katak, rakun dan mcm2 ag,
Agak menarik n puas ati,

Then g jln2 sekitar taman suria KLCC,
N leh tgk air pancut,
Cute sgt air pancut 2,
Mcm2 corak die wat,
Mmg besh wat release tension,
A wonderful saturday...


p/s: Aquaria KLCC tmpt agak bgus tuk jln2 ngan family

Kenali diri melalui tarih lahir

Mukadimah, ber-blog sambil mkn yogurt mmg mengasyikkan.... (^-^)


Hurm, entri kali nie kite ckp ttg kenali diri,
Byk cara yg kita dgr,
Melalui jenis darah, melalui bln kelahiran, melalui hari lahir,
Tp kali nie sy nk kongsi ttg kenali diri melalui tarikh lahir,
Mesti dah biase dgrkn,
Hurm, nk tau cam ner?????
Kene la tgk video kat bwh nie.....





p/s: Just 4 fun....jgn terlalu taksub yer.....syirik 2.....

Ketahui jantina laptop n pc anda

Selama nie ak anggap laptop ak nie hubby,

Tp xsangka die pompuan,
Argh ak xkire, ak nk die jd hubby ak gak,
Korg nk tau x jantina laptop n pc korang,
Ikut pe yg ak tulis kat cini,
Selamat mencube....

1~ Buka Notepad
2~ Copy ayat nie = CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
3~ Boleh la nk save File name = love u.vbs
4~ Tukar save as type kpd All Files....save kat dekstop sng ckit
5~ Dah save leh closed notepad
6~ G kat dekstop, then double click file "love u.vbs"
7~ Leh dgr de org sbut I LOVE YOU
8~ Laki ke pompuan?




p/s: So b4 nk bg gelaran 2 kene la knlpasti dulu k...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...