BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 2, 2011

Tanda2 sblm menemui ajal

* Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut

Ini adalah tanda pertama dari Allah kpd hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun, semua umat Islam akan mendapat tanda ini Cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda in akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan2 menggigil. Bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah petanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang. Maka inilah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada bagi mempersiapkan diri dengan amalan untuk dibawa dan ditinggalkan sesudah mati. Manakala, bagi mereka yang tidak sedar atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa membawa sebarang manfaat.


* Tanda 40 hari sebelum mati

Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar, dimana bahagian pusat kita akan berdenyut2. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah. Maka malaikat maut akan mengambl daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas kita dengan mengikut kita sepanjang masa.


* Tanda 7 hari

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak lalu makan secara tiba2 berselera untuk makan.


* Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan jantung di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikessan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan memudahkan pengurusan mandian kita nanti. Ketika ini juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bg orang yang sakit hidungnya akan perlahan2 jatuh (dapat dikesan jika dilihat dari bahagian sisi). Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam dan telapak kakinya yang terlanjur akan perlahan2 jatuh ke depan serta sukar ditegakkan.


* Tanda 1 hari

Berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun2 dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


* Tanda akhir kematian

Akan berlaku dalam keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri disaat menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan serta mematikan kita.


p/s: Agar ak tergolong dalam mereka2 yg sedar, amin…..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...